Sunday, 22 June 2014

Kawan baghu. Ehek ehek

Assalamualaikum!




Hari ni saya kenal kawan baru. Ehek ehek ehek. Saja nak cite kat sini. Mana la tahu kan... Kot kot nanti hilang ingatan, boleh la jenguk balik blog ni. Itu pun kalau (kalaulah tapi) tak hilang ingatan pasal blog ni jugak. Ekekeke.




Semalam keluar ngan Ayun. Ada la pi hilangkan stress sikit. Apa??? Clubbing? Astagfirullahalazim.



Bukan bukan...




Semalam just have fun dengan my adik. Pastu... Tetttttt... Tibe-tibe malas nak type pulak. Sebab sebenarnya macam telan gula banyak sangat sampai hyper active. Huhuhu.



Anyway...




Hey you. My new friend! After so long. Ahak ahak ahak. 





*chow*

Saturday, 21 June 2014

Viajes






I love the feeling of being anonymous in a city I've never been to before.




'We are all travellers in the wilderness of this world, and the best that we can find in our travels is an honest friend.' ~Robert Louis Stephenson



Suddenly macam rindu pulak. Walaupun berkawan untuk tiga hari je, but they are awesome. 
Hmmm...
Bila nak ada rezeki travel lagi ni.





*chow*














Friday, 20 June 2014

Isteri seperti apakah aku???







Someone posted this link kat FB wall depa. SO dengan tahap kebosanan yang ada, walaupun aku ni tak kawin lagi, aku try je la ek. Hehehe. 


Nak gak aku lihat tahap ke'solehah'an aku ni kalau sat sat gi dah jumpa dengan jodoh yang Allah bagi. Hahaha.


  #Kesian...
Nampak sangat redha kalau takda jodoh atas muka bumi Allah ni. 



Soooo, the result! Jeng jeng Jeng..































































































































































































































Bagus tak??? Hahahaha.


Maybe ada orang salah faham dengan personality aku, tapi percayalah, once you get to know me better, you will absolutely fall in love with me. 


Kah kah kah. Tak lah. Aku main-main je. Aku ni orang nya, gitu la. Setia punya type. Ego tinggi. Suka cari gaduh ngan adik and BFF aku. Hahaha. Sebab hidup aku takda orang lain dah nak buat gaduh, sebab tu la depa jadi mangsa. Kalau kang cari gaduh ngan padiyappa, tu bunuh diri namanya. HAHAHA!



Peacemaker yawwww!



*chow*

The proper way of cutting a cake!

Assalamualaikum! :)



Heyy. I don't know why, but I guess I should share this here.






Kalau ada lebih and nak simpan, I think better we cut it this way. Kalau dah agak memang cake tu akan habis, then potong jela cara normal kan? Tak rugi pun berbagi knowledge. Make things proper and your life would be better! Eceh! #Poyo je



*chow*

Wednesday, 18 June 2014

My fav band!

Hey guysss. Assalamualaikum!




Huhuhu. Hari ni macam bosan sikit. Just nak share ngan korang benda yang aku minat sekarang. huhu. Sekarang ni minat gila dengan PENTATONIX! Pernah dengar? Kalau pernah, ok la tu. Takda la darat sangat macam aku ni. Hehehe. Aku baru je kenal ngan group acapella yang awesome sampai menara berkembar Petronas punya tingkat ke-88. Hah! Hambik kau.



Review? Tak yah la review bagai. Korang dengar, korang nilai sendiri awesome ke tak awesome dia orang ni. Sampai aku pun terpengaruh nak buat group macam ni. Hahaha. #Poyo #Kesian.




Tapi seriously ini memang hebat! Bayangkan, tanpa satu instrumen music pun, Pentatonix boleh cover lagu tu better compared yang original. I loikeee sangat uolsss.







Enjoiceee the show. Keep in mind tau, without instruments! 

Mr BFF sakit...

Alkisahhhhh. Hari tu dapat whatsapp daripada sorang kawan ni, yang MR BFF demam. Huhu! Memula tu ignore la jugak. Pastu rasa macam tak sedap hati plak. Nak whatsapp pagi, alih-alih drag sampai ke malam. Sebab apa? Sebab macam jatuh maruah je nak whatsapp dia dulu. HUHU. Tapi ignore jela. Kata kawan kan.




#Kesian




Dah empat hari demam panas. Muntah-muntah semua. Eeeeee. Ngeri la kan. Dah pi doktor tapi doktor just bagi ubat. Kalau lagi dua hari tak sembuh, baru check darah. Isshh doktor ni. Bahaya kot! Amik jela darah kan. Hahahaha. Keji gila perangai aku ni. Biaq padan muka dia sakit kena cucuk.




Tapi serious dengan cuaca yang tak menentu ni. Aiseehmannn. Sakit kepala weyhh. Sungguh la hidup zaman sekarang ni. Cuaca gila. Manusia pun makin gila mengalahkan binatang perangai.




Ya Allah, semoga kita semua mati cepat dalam keadaan beriman lah tapi. Sebab dunia makin tak layak buat kita kita ni. Huhuhu



*chow*

Sunday, 15 June 2014

Selamat Nik atas keberhasilan loe!!!

Assalamualaikum! 



Pehal mimpi nak up diary kesayangan ni? Hehehehe. Sebab sebenarnya tengah happy. MY BFF forever n ever n ever, ngeeee... Yang study kat US tu dah officially grad hari ni. yeayyyyy!!! 




...




Hari tu kat office, pagi-pagi jugak la, dapat whatsapp daripada dia dalam group kita orang ; Aku, Ida & Nik. Gambar nak convo tu. Huhuhu. Pastu aku cakap la tahniah semua kan. Feel soooo happy for him. Tak sangka kawan baik zaman sekolah dulu dapat apa yang dia impikan.





Maap le muka sembap. Tak cukup rehat ni. Iron lady katakannnn. Hahaha. Iron lady ke ?? Time kat office. Senyap-senyap print pastu tangkap gambar. Kang kantoi plak ngan senior aku. Huhu.



Kalau ingat zaman sekolah dulu, Ya Allahhhhhh, mohon ampun atas semua benda nakal kita orang buat. Hahahaha. Actually takda la senakal bebudak lain, but stillllll. Kita orang nakal nakal gak, tapi consider budak pandai la. Wahhhh. Puji diri sendiri. Mampu kau??? HAhaHAhaHA!



Nik ni aku rasa aku dah pernah cerita kot kat sini, aku kenal dia ni lama dah. Since primary school lagi. Imagine, dari zaman memang selebet selebet gila nak mati sampai dah cun macam artis, *matila ayat puji diri sendiri lagi*. Huhu. Dulu sekolah rendah aku tak rapat sangat ngan budak lelaki sebab aku kan species species pemalu gitu. Pastu dulu kita ni librarian, aku head la of course. Nik ni aku lupa plak jawatan apa, tapi bawah aku la yang penting. Wahhhh, gitu... Tak nak kalah. HAHAHA! 



Kita dulu tak rapat, tapi same class dari darjah dua. Imagine! Dari darjah dua sampai form 5 satu kelas. Mana tak kenal bau ketiak, bau kentut semua. Hahaha. Start rapat secondary school la sebab sekolah aku tu nama je KEBANGSAAN tapi Chinese 85%, Malays 10% & Indian 5%. So bila Malays ni tak ramai mana, kita ni kira united tau.



Apatah lagi mamat ni dia asik le sekelas ngan aku. Bersama-sama la kita selalu. Pastu kan, Nik ni rapat ngan Afik, tapi dia panggil Afik tu kambing. Hahaha. Budak sekolah aku memang. Masing-masing ada je dapat gelaran. Ayam la. Tapir benua, tenuk gunung, cipan laut. Apa lagi? Hahaha. Tapi benda ni sikit pun takda menyakitkan hati. Fun lagi ade le. 



Masuk form 4, terpaksa seperate ngan bebudak lain. Sebab aku, Ida n Nik decided amik science stream. Yang lain tak nak sebab derang kata susah. -.-' So kat situ lah bermula pahit manis ngan dua kambing baik aku ni. Hahaha. Keji gila kutuk kawan sendiri. Eh! Ada aku kisah. Dia orang pun tak heran. Kikikiki




Takda la parah mana pun kenakalan kita orang ni, tapi untuk budak baik macam aku (aik?) kira nakal la tu. Bawa makanan masuk kelas, Ida n Nik dia orang ni prefect tau. So after recess mesti tapau makanan masuk kelas pastu makan senyap-senyap bila cikgu menghadap blackboard. Padahal kalau orang lain, sepatutnya kerja prefects ni check pocket orang yang cuba-cuba seludup makanan. Tak AMANAH!!! Pastu keji! Keji! Keji! Keji gila hoi!




Paling teruk Nik la mesti. Ada ke patut, asal cikgu mengadap papan tulis tu, dia hulurkan tangan dia yang panjang tu sambil buat muka mengejek cikgu sebab nak suap makanan masuk mulut. Keji gila en. Hahaha. Dah la duduk row paling depan sekali. Tambah jawatan pengawas. ish ish ish. Contoh teladan yang hancur. Hahaha. Tapi best la korang. Aku ngan Ida gelak-gelak gila bila dia buat macam tu. Ya Allah. Patutlah masing-masing asal exam je bengap, ilmu tak masuk rupanya. Hahaha




Pastu suka sangat keji kutuk orang. Ada sorang minah dalam kelas ni kita bagi dia gelaran Si A rambut tikar sejadah. Hahahaha. Sebab rambut dia nampak kasar gila. Even bila dia dah buat rebonding. Kusut gila rambut. Nik, sumpah you paling jahat antara kita tiga orang ni. Hahaha. Selalu ajar I bukan-bukan je kerja you tu. Pastu you salahkan I balik.




Dah la kuat berangan ada grammy award. Ada ke patut buku agama kat bahagian index tu dia pi conteng-conteng lagu kambing dia tu. Aku pun tak tahu la apasal dia obsess sangat ngan kambing. Semua benda mesti ada kambing, kalau tak hujung, mesti pangkal. Dah tu plak, siap buat invitation untuk aku n Ida, anugerah minah paling kecoh! Hahahaha. Mampu kau ??? 





Tapi inilah antara penguat aku dulu, zaman zaman di mana aku rasa sangat down. Aku rasa sangat benci dengan kehidupan. Aku rasa aku tak kuat. Zaman aku terumbang-ambing dengan dugaan hidup yang aku lalui. Allah hantar dia orang untuk aku. Sampai sekarang pun masih macam tu.




Kalau contoh tengah sedih, aku scroll balik je conversation kita tiga orang, mesti aku boleh tersenyum balik. bayang kan lah betapa sayangnya aku kat dia orang ni. InsyaAllah , sampai bila-bila pun dia orang tetap sahabat aku yang terbaik. Semoga Allah yang jaga korang untuk aku.




Pakai baju love love sebab dia kata kurang kasih sayang. So dia bagi kasih sayang kat diri sendiri. Ni kekdahnya tengah bersedih sebab grad sorang-sorang tak dapat bunga etc. Takpe la Nik oi!!! Balik sini kang aku kutipkan ngko bunga MBPJ kat tepi jalan tu. Jangankan bunga, dengan akar-akar sekali aku bagi kang. Hahahaha!


Nanti balik angkut semua rope yang ada, topi topi tu sekali buat photoshoot kat sini. Hahaha. Boleh la ku pinjam pastu belagak plak kan. Kah kah Kah! Dasar! Patut la kat sini je tak kemana-mana, baru dapat pinjam Nik punya dah nak mula riak. Wakakaka. jap jap, itu pun kalau muat. Mamat ni badan sekepeng cam papan playwood je tau. #kutukan lagi. huhuhu.



Sekarang countdown untuk dia balik plak. Nak orang jemput bawa board besar besar print nama dia kat KLIA nanti. Request benda gila memang keja dia. Hahaha. Perasan je tahu. Anyway, selamat Nik. Loe berhasil! Ayuh buruan pulang. Kita bergelek dangdut bareng-bareng. Kikikiki.




*Chow*


RIGHT RESERVED BY SJBM